Blogger Layouts

Pengenalan Perniagaan


Syarikat
 Momo & Kiko Baby Shop merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 3 April 2011 dan beroperasi di alamat No 10, Jalan Setia 2, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru. Syarikat ini baru sahaja ditubuhkan dan ianya  merupakan hakmilik perkongsian  kepada tiga bakal usahawan muda wanita iaitu Cik Nur ‘Amenina bt Mohd Jantan, Cik Noramizah bt Mohd Yatim dan Cik Noraniyah bt Hamdani. Dua daripada     pemilik syarikat ini merupakan graduan Diploma Perniagaan daripada Universiti  Teknologi   Mara dan salah seorang mereka adalah graduan Diploma Asuhan Kanak-Kanak. Mempunyai pengalaman bekerja  dalam bidang perniagaan  selama dua tahun. Merupakan orang yang bertanggungjawab  dalam setiap perkara yang  dilakukan. Amat berminat menceburi bidang perniagaan.

Lokasi
Momo & Kiko ini bakal menawarkan perkhidmatan jualan barangan bayi dengan membuka sebuah Syarikat Jualan Barangan Bayi di Rumai Kedai Setia Tropika. Lokasi  perniagaan ini terletak di kawasan tumpuan orang ramai kerana ianya adalah kawasan taman perumahan yang baru sahaja dibuka. Ianya juga berhampiran dengan Wisma Persekutuan Johor Bahru, Lebuhraya Utara Selatan dan klinik kesihatan.